TERMA & SYARAT TOURISM MEMBER STTSB

Dengan mendaftar sebagai Tourism Member STTSB, setiap ahli WAJIB mematuhi terma dan syarat berikut:

1. Keahlian & Pembayaran

1.1 Yuran keahlian adalah RM395 setahun (tidak dikembalikan).
1.2 Keahlian memberikan akses kepada:

  • Travel Reward Point (TRP)
  • Tempahan Umrah & Trip Percutian
  • Sewaan FoodTruck & Kereta
  • Kad Visa Digital & Ganjaran Rujukan
  • Bimbingan & Pemantauan oleh STTSB.

1.3 Semua bayaran adalah muktamad dan tertakluk kepada Polisi Refund rasmi di: https://silaturrahimtours.com/refund-policy

2. Kod Etika Ahli

2.1 Ahli WAJIB menjaga nama baik STTSB pada setiap masa.
2.2 Ahli dilarang sama sekali menyebarkan:

  • Fitnah, tuduhan palsu, atau naratif negatif yang boleh menjatuhkan imej syarikat.
  • Maklumat peribadi atau dokumen syarikat tanpa kebenaran bertulis.

2.3 Ahli yang melanggar etika ini boleh digugurkan keahlian serta-merta tanpa refund.

3. Tindakan Undang-Undang

3.1 Sebarang penyebaran fitnah terhadap STTSB akan dianggap sebagai pelanggaran serius.
3.2 Pihak syarikat berhak mengambil tindakan undang-undang di bawah:

  • Akta Fitnah 1957
  • Akta Komunikasi & Multimedia 1998
  • Mana-mana peruntukan undang-undang lain yang berkaitan.

3.3 Ahli yang didapati bersalah boleh dikenakan tuntutan ganti rugi, saman sivil, dan tindakan jenayah.

4. Penamatan Keahlian

4.1 STTSB berhak menamatkan keahlian jika ahli:

  • Melanggar terma & syarat ini.
  • Menyalahgunakan nama, jenama atau platform STTSB.
  • Membawa kerugian atau imej buruk kepada syarikat.

4.2 Penamatan adalah muktamad dan ahli tidak layak menuntut semula yuran keahlian.

5. Pindaan Terma & Syarat

5.1 STTSB berhak meminda atau menambah sebarang terma & syarat dari semasa ke semasa.
5.2 Segala pindaan akan dimaklumkan melalui laman rasmi https://silaturrahimtours.com atau saluran rasmi lain.

Dengan mendaftar, ahli secara automatik bersetuju dengan semua terma & syarat ini.