PENGENALAN SYARIKAT
Syarikat Silaturrahim Tours & Travel Sdn. Bhd. (STTSB) Ditubuhkan pada 10 Mei 2016. Syarikat ini dimiliki dan diuruskan oleh 100% milikan Bumiputera dan telah berdaftar secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) & Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC). Selari dengan kemajuan dan perkembangan ekonomi Malaysia, syarikat ini menyahut seruan negara yang menggalakkan para usahawan bumiputera untuk meneroka dan meneraju industri pelancongan secara menyeluruh agar ia dapat terus meningkatkan pendapatan negara menjadi lebih baik.
Syarikat Silaturrahim Tours & Travel Sdn. Bhd. (STTSB) menawarkan pelancongan yang efisyen dan sempurna bagi memenuhi keperluan dan permintaan dari pelancong sama ada dari dalam atau dari luar negara. Sektor perkhidmatan pelancongan ini termasuklah proses promosi, pengiklanan pakej, penempahan pakej, perjalanan ke pusat pelancongan, pengurusan perhotelan dan penempatan, perlaksanaan program dan aktiviti, penyediaan makanan dan mendapatkan maklum balas dari pelancong.
Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mempertingkatkan perniagaan pelancongan di negara kita. Namun, masih terdapat cabaran yang perlu diatasi terutamanya dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan tarikan pelancong. Perancangan untuk mempertingkatkan perniagaan Pelancongan Berasaskan Komuniti / CBT adalah satu pendekatan yang boleh membantu mengatasi cabaran tersebut untuk melaksana dan menjayakannya. Segala perancangan yang telah disusun ianya akan dapat merancakkan lagi sektor pelancongan dalam negara.
Visi
Merealisasikan impian pelancongan dan menyediakan peluang kerjaya yang dinamik serta berdaya saing dalam bidang pelancongan melalui perkhidmatan yang telus,inovatif, dan berteraskan komuniti.
MISI
- Menyediakan perkhidmatan pelancongan yang telus dan efisien.
- Membangunkan komuniti pelancongan melalui kursus dan aktiviti.
- Menggalakkan penyertaan komuniti dalam pelbagai pakej pelancongan.
- Memberikan insentif kepada ahli komuniti dan ejen pelancongan yang aktif dalam memperkenalkan dan mempromosikan pakej-pakej pelancongan.
- Meningkatkan kemahiran ejen pelancongan melalui kursus pembangunan dan latihan.
FALSAFAH SYARIKAT
CARTA ORGANISASI