TERMA & SYARAT TOURISM MEMBER STTSB
Dengan mendaftar sebagai Tourism Member STTSB, setiap ahli WAJIB mematuhi terma dan syarat berikut:
1. Keahlian & Pembayaran
1.1 Yuran keahlian adalah RM395 setahun (tidak dikembalikan).
1.2 Keahlian memberikan akses kepada:
- Travel Reward Point (TRP)
- Tempahan Umrah & Trip Percutian
- Sewaan FoodTruck & Kereta
- Kad Visa Digital & Ganjaran Rujukan
- Bimbingan & Pemantauan oleh STTSB.
1.3 Semua bayaran adalah muktamad dan tertakluk kepada Polisi Refund rasmi di: https://silaturrahimtours.com/refund-policy
2. Kod Etika Ahli
2.1 Ahli WAJIB menjaga nama baik STTSB pada setiap masa.
2.2 Ahli dilarang sama sekali menyebarkan:
- Fitnah, tuduhan palsu, atau naratif negatif yang boleh menjatuhkan imej syarikat.
- Maklumat peribadi atau dokumen syarikat tanpa kebenaran bertulis.
2.3 Ahli yang melanggar etika ini boleh digugurkan keahlian serta-merta tanpa refund.
3. Tindakan Undang-Undang
3.1 Sebarang penyebaran fitnah terhadap STTSB akan dianggap sebagai pelanggaran serius.
3.2 Pihak syarikat berhak mengambil tindakan undang-undang di bawah:
- Akta Fitnah 1957
- Akta Komunikasi & Multimedia 1998
- Mana-mana peruntukan undang-undang lain yang berkaitan.
3.3 Ahli yang didapati bersalah boleh dikenakan tuntutan ganti rugi, saman sivil, dan tindakan jenayah.
4. Penamatan Keahlian
4.1 STTSB berhak menamatkan keahlian jika ahli:
- Melanggar terma & syarat ini.
- Menyalahgunakan nama, jenama atau platform STTSB.
- Membawa kerugian atau imej buruk kepada syarikat.
4.2 Penamatan adalah muktamad dan ahli tidak layak menuntut semula yuran keahlian.
5. Pindaan Terma & Syarat
5.1 STTSB berhak meminda atau menambah sebarang terma & syarat dari semasa ke semasa.
5.2 Segala pindaan akan dimaklumkan melalui laman rasmi https://silaturrahimtours.com atau saluran rasmi lain.
Dengan mendaftar, ahli secara automatik bersetuju dengan semua terma & syarat ini.
